Wednesday, February 18, 2009

pengenalan

Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan akan hikmah maka sesungguhnya ia telah dikurniakan dengan kebaikan yang banyak,dan tidaklah mendapat pengajaran(dan peringatan)melainkan orang2 yg menggunakan akal fikirannya.

percubaan

seusia mengahabiskan hidup dengan mengembara dinegara org,pasti ada banyak hikmahnya.itulah yg aku dapat dibumi ambiak ini.penuh dengan permata keilmuan.test2

Tuesday, April 1, 2008

Rahsia Ketenangan Hati

1.Doa harian pada setiap selepas solat (ali imran:8)


2.Menghidupkan malam dengan beribadah.


(4 penawar bagi org yg bangun malam.)

  • dapat merapatkan diri pada ALLAH.
  • dapat mencegah diri daripada perkara2 perbuatan maksiat.
  • dapat menghapuskan dosa2 kita pada ALLAH.
  • dapat menghapuskan penyakit pada badan kita.

9 keistimewaan daripada ALLAH bagi orang bangun malam solat tahjud.

(5 perkara akan dapat didunia)

  • diselamatkan dari segala bencana.
  • berkat akan nampak keatas wajahnya.
  • dirinya akan disukai oleh hamba ALLAH.
  • dirinya akan bercakap secara hikmah.
  • dirinya akan diberi kebijaksanaan oleh ALLAH.
(4 perkara akan dapat diakhirat)
  • akan dipimpin tangannya dari kubur dengan wajah yang berseri2.
  • diringankan hisab dan perhitungannya.
  • dia akan dimudahkan meniti sirathalmustaqem seperti kilat menyambar.
  • akan menerima kitab amalannya dari tangan kanan.
3.Dengan menyedari bahawa waktu yang diberi oleh ALLAH pada kita ini tidak boleh kita ganti semula.

(4 waktu jika kita manfaatkan dengan betul,kita akan memiliki jiwa yg tenang)
  • ketika kita menerima nikmat (bersyukur).
  • ketika kita ditimpa bencana dan musibah (bersabar,reda dan tabah)
  • kita kena taat dan istiqamah pada ALLAH (solat,baca quran,zikir dll)
  • kita kena sedar akan dosa kita kepada ALLAH (bertaubat dan beristriqfar)

4.Memahami keistimewaan zikrullah.(banyak berzikir)

5.
Sentiasa berteman dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya (soleh dan solehah)

6.
Hendaklah kita bersihkan jiwa kita daripada sifat yang tercela.(rohani)

(cara membersihkan jiwa kita)

  • bertaubat pada ALLAH.
  • kita sendiri ada keazaman untuk berubah.

7.Sentiasa muhasabah diri.

  • sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan satu perkara.
  • pemaaf
8.Muraqabah (sentiasa merasakan ALLAH bersama kita)

9.Mujahadah (bersungguh-sungguh)

  • melakukan ketaatan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

10.Bersegera melakukan amal yg soleh.

(rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 keadaan)

  • masa muda sebelum datang tua.
  • masa kaya sebelum miskin.
  • masa lapang sebelum sibuk.
  • masa sihat sebelum sakit.
  • masa hidup sebelum mati.
11.Bersegera bertaubat kepada ALLAH.

12.Merenung rahsia cincin ahli surga dan ahli neraka.

Cincin ahli syurga

  • dituliskan kesejahteraan keatas kamu dan berbahagialah kamu sedangkan kamu kekal didalamnya.
  • dituliskan kami hilangkan kesedihan dan kebingungan keatas kamu.
  • dituliskan inilah syurga yang diwariskan keatas kamu disebabkan amal yang kamu lakukan ketika dahulu.
  • dituliskan kami kahwinkan kamu dengan bidadari-bidadari yang cantik jelita.
  • dituliskan syurga ini penuh dengan kenikmatan yang kamu dalam syurga ini tanpa bersusah payah untuk mendapatkannya.
  • dituliskan syurga ini akan kamu dapat semua pahala semua kenikmatan atas ketaatan kamu kepada ALLAH.
  • dituliskan kamu tidak akan tua untuk selama-lamanya disyurga.
  • dituliskan kamu telah menjadi org yang aman tidak akan takut untuk selama-lamanya.
  • dituliskan kamu bersama para nabi-nabi,sodiqin,shuhadah dan solehin.
  • engkau akan berada bersama disisi ALLAH yang memiliki arash yang maha mulia.

Cincin ahli neraka

  • masuklah dalam neraka dan kamu tidak mati selama-lamanya dan kamu tidak akan keluar dari neraka ini.
  • tenggelamlah kamu dalam siksa tidak henti-henti.
  • putuslah harapan kamu utk mendapat rahmat dari ALLAH.
  • masuklah kamu ke dalam neraka dengan penuh kebingungan dan kesedihan.
  • pakaian kamu adalah api, makan kamu adalah zakum yang pedih, minum kamu adalah sangat panas,tilam kamu adalah api dan tempat kamu berteduh adalah api.
  • ia adalah balasan daripada perbuatan maksiat yang kamu lakukan.
  • kemurkaan keatas kamu didalam neraka untuk selama-lamanya.
  • kamu akan dilaknat disebabkan dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja tapi kamu tidak bertaubat dan tidak menyesal.
  • teman kamu adalah syaitan didalam neraka untuk selama-lamanya.
  • kamu telah mengikuti syaitan,kamu telah mengharapkan dunia sahaja,kamu tinggalkan hari akhirat.maka inilah balasan untuk kamu.